Wednesday, 22 February 2012

YANG ARIF HAKIM BOLEH DIBELI MURAH OLEH RAZAK MOHD NOOR

Hubungan rapat antara Razak Mohd Noor dengan beberapa nama penting Jabatan Kehakiman, terutama sekali Anantham Kasinather yang terlalu teringin menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, bukanlah perkara rahsia lagi. Bersama-sama Ruben Netto, peguamnya, Razak telah mengumpan Anantham dengan janji untuk naik pangkat dan sejumlah wang.

Orang tengahnya adalah VK Linggam, peguam yang sebelum ini turut dikaitkan dengan pengaturan jawatan-jawatan untuk Hakim-Hakim yang mempunyai cita-cita yang lebih besar untuk menjadi golongan paling berkuasa di negara ini.

Permainan yang dilakukan oleh Razak Mohd Noor dapat dilihat menerusi kemelut yang melanda Syarikat Minta Magik Telecom dan Numix.

Bantuan daripada Anantham telah membolehkan Razak Mohd Noor menipu syarikat berkenaan, mencuri wang, menyaman dan mengancam untuk menutup syarikat tersebut bagi membolehkan dia tidak perlu membayar balik wang atau kongsi perniagaan Ku Band.

Bagi memudahkan kerjanya, Razak Mohd Noor telah ke Mahkamah TInggi dan berpakat dengan Anantham Kasinaver yang diketahui bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Biarpun pada masa yang sama, Razak juga berhadapan dengan tuduhan menipu dan disaman oleh pemegang saham Magik, dengan mengupah Vazir Alam, seorang lagi Judicial Commissioner yang juga merupakan kawan baik Anantham, Razak langsung tidak berhadapan dengan masalah.

Semasa perbicaraan, Razak didapati menipu berulang-ulang kali. Terdapat banyak bukti jelas yang menyebelahi Magik, termasuklah LAPORAN AUDIT GRANT THORNTON yang menunjukkan Razak telah menggunakan duit syarikat untuk kepentingan diri tanpa pengetahuan pemegang saham.

Anantham yang telah menerima bayaran daripada Razak, membiarkan fakta berkenaan. Bahkan semasa Razak mengaku telah menandantangani surat dan perjanjian, ayat paling bodoh yang keluar dari mulut Razak iaitu, 'SAYA BUKAN PEGUAM, DAN SAYA TIDAK FAHAM APA YANG SAYA TANDATANGANI', tidak langsung diberikan perhatian oleh Anantham.

Tindakan Razak memecah masuk ke pejabat, tukar kunci pejabat Magic dan menghalau para pekerja dengan menuduh Magic berpindah pejabat tanpa kebenaran, semuanya dihalalkan oleh Anantham. Atau lebih tepat lagi, kalaupun Razak Mohd Noor membunuh dan fakta-faktanya jelas menunjukkan perbuatan itu dilakukan oleh Razak, Anantham tidak akan mengambil kira kerana Anantham sudah dibayar oleh Razak Mohd Noor.

Itu jugalah yang berlaku apabila seorang lagi pemegang saham Magic telah menyaman Razak dan Numix. Malangnya saman yang dibawa di hadapan Yang Arif Hakim Harminder Singh telah dipindahkan kepada Anantham.

Hakim Harminder Singh, Anantham Kasinather dan Vazir merupakan tiga sekawan yang kerapkali boleh ditemui makan tengah hari bersama di Plaza Damas. Semasa pengurusan kes tersebut, Anantham sudah pun memanggil peguam pemegang saham tersebut dan meminta agar saman tersebut ditarik balik.

"If they want money, tell your clients don't sue Razak because they won't win. If they sue other shareholders of Magic they can win."

Terkejut dengan nasihat daripada Yang Arif Hakim yang sepatutnya mengadili kes tersebut sebaliknya menunjukkan yang dia berpihak kerana dorongan sesuatu, pemegang saham itu terus menarik balik samannya kerana dia tahu walaupun Razak telah mencuri wangnya, dia tidak akan menang di mahkamah kerana sistem keadilan yang telah pun dibeli oleh Razak.

Sesuatu yang paling ketara ialah, Razak telah tahu keputusan tiga hari lebih awal sebelum Anantham membuat keputusan. Keputusan tersebut telah disebarkan menerusi SEBUAH BLOG, BIGDOGDOTCOM pada 8 April 2011 padahal keputusan hanya diumumkan pada 11 April 2011.

Lebih daripada itu, dua minggu sebelum itu lagi, Razak menerusi blog berkenaan telah mengeluarkan secara terperinci keputusan pada supplier dari luar negara. Keputusan Anantham adalah berdasarkan cerita Razak yang dia ditipu dengan diberi wang oleh pemegang saham Magic dan keputusan Magic untuk berpindah tanpa kebenaran Razak merupakan satu bentuk oppression ke atas Razak.

Anantham telah menolak bulat-bulat semua keterangan yang menentang Razak. Begitu juga dengan segala laporan polis terhadap Razak, semuanya tidak diambil kira oleh hakim berkenaan. Anantham hanya menerima bulat-bulat segala keterangan yang telah diberikan oleh Razak.

Pencurian yang dilakukan oleh Razak ke atas Magic telah dibenarkan oleh Anantham. Malah Anantham menganugerahkan perniagaan yang dibina dengan duit serta usaha Magic kepada hak milik kekal Razak, sekalipun kes pada asalnya ialah Razak mencuri duit Magic.


Vazir Alam telah mendapati ada unsur fitnah didalam tuduhan razak, tapi dia juga buat keputusan yang dia ‘terikat’ dengan keputusan Anantham dan mengawardkan kes saman malu itu pada Razak.

Yang Mengejutkan, ura 2 yang Anantham naik pangkat terbukti bila dia di lantik ke mahkamah rayuan sebagai Hakim, mengenepikan, berpuluh2 Hakim Mahkamah tinggi yang lebih Layak dan berpengalaman, pada masa ini Anantham baru jadi Judicial Commisioner untuk tiga tahun, orang lain dah jadi Hakim berpuluh tahun hanya berputih mata.

Selepas itu pemegang saham Magic pergi ke Mahkamah Rayuan. Sistem Mahkamah Rayuan ialah siapa pun tak tahu panel bersidang sehingga hari perbicaraan.Jadi Razak yang tertekan teleh membayar RM 20,000 kepada pekerja bilik fail Mahkamah Rayuan.Bila mula perbicaraan, fail dah hilang dan yang lebih penting lagi, Razak dan Ruben Netto dah Tahu siapa di dalam panel.

Anehnya fail yang hilang timbul semula selepas dua hari.dan perbicaraan di tetapkan pada bulan seterusnya.Dalam masa yang sama Razak telah di dakwa oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana memalsukan akaun beraudit Numix. Yang pentingnya, akaun yang sama di gunakan oleh Razak sebagai bukti di hadapan Anantham.Selalunya orang yang menipu dalam mahkamah akan di hukum dan perbicaraan semula akan di adakan jadi Razak sudah panic.

Kesudahannya, Razak berjaya tukar panel mahkamah rayuan dengan bantuan kawan barunya Anantham dan VK lingam.Keputusan Mahkamah Rayuan, bukti yang Razak di dakwa oleh SSM tidak boleh di guna pakai dalam Mahkamah Rayuan, seterusnya rayuan tidak perlu dipanjangkan kerana semua Keputusan Anantham adalah tepat!!

Tuesday, 21 February 2012

Blog Justice for Sale anak membongkar salahlaku Hakim dan Peguam

Blog ini dibuat khas untuk manusia durjana yang menghancurkan sistem kehakiman negara dengan wang ringgit. Blog ini diberi nama Justice For Sale. Blog ini akan mendedahkan segala salah-laku hakim dan peguam di Malaysia. Awas kamu semua manusia durjana yang menrosakkan institusi kehakiman, blog ini akan menceritakan kebenaran disebalik setiap salahlaku atau salahguna kuasa HAKIM dan PEGUAM.